Wednesday, December 30, 2009

Mutiara kata Pilihan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, December 20, 2009

Busy..busy

Huh...dah dekat 3 bulan aku kena replace my receptionist punya tempat sepatutnya dia dah balik dah tapi malangnya di kena sambung MC lagi 1 bulan sebab peha terbakar teruk disebabkan bertungku lebih dan terpaksa dilakukan pembedahan..hmmm pity her..biasa my department memang takda keje so kenala aku yang replace tempat dia..tapi bila jaga reception ni takleh la ngular lame2 waktu lunch time argh tension aku..aku memang busy..sampai aku tak terlayan online business aku disebabkan aku takut tak boleh serve seperti yang dijanjikan..so aku tak nak online buat masa ni sampai la receptionnist tempat aku tu balik baru la aku boleh online sentiasa..tapi kekadang ada gak customer yang tanya terus melalui sms..aku akan layan jugak...tapi pada sume customer2ku kalau ada sms yang tak terjawab atau lambat jawab maknanya aku busy la tu..maaafkan saya..sampai la aku update blog aku ni pun aku still busy lagi ari isnin ni lak exam aku..huh pastu buat assignment la pulak..

Monday, November 16, 2009

Kucing lagi

INgat tak ari tu aku ada cite pasal anak aku nak bela kucing yang beranak kat umah aku and anak aku nak nak bela...tapi ari tu bila aku balik akak yang jaga anak aku tu senyap2 dia cari ibu kucing tu then bagi balik anak dia kat ibunya so settle masalah aku...nasib anak aku tak bising sangat bila dia tengok kucing tu takda..selamat aku..tapi senyap2 laki aku dah pegi order kucing dari kakak dia kat penang nun memang la ,kucing tu comel tapi aku tetap tak suka...nantiaku tak tahan bau tahi kucing...mak tolong!!!!!!!!!geramya aku laki aku tak nak dengar cakap aku dia nak juga bela kucing tu kononya untuk anak aku..argh....tension lagi aku..ni belum kucing tu sampai lagi akak dia nak hantar masa hari raya haji nanti balik shah alam..bukannya apa rumah aku tu dah sempit nak tambah lagi binatang peliharaan sekor lagi pas tu aku pun nak tanam pokok bunga aku kat beranda rumah aku tu ni kang ada yang bergaduh/ berebut pasal space masing2 ngan laki aku tu..



Ha nila dia tempat rabbit mini farm hubby aku yang diletak kat belakang beranda belakang rumah aku hish dah tak muat dah..tempat nak sidai kain pun dah tinggal skit je..



Yang nila antara rabbit my hubby yang dibela..comel tak?

Tuesday, November 3, 2009

Ditinggalkan Ibu

Semalam aku ngan my hubby terperanjat beruk bilaa tiba2 ada kucing kat rumah mana pernah aku bela kucing..aku tak suka kucing..buat peminat kucing maafkan aku...walaupun aku tak suka kucing tapi aku tak pernah menganiaya kucing atau mencederakan kucing seumur hidup aku..tapi tak taula time aku kecik aku tak ingat..dah cuba ingat tapi takleh ingat..hubby aku halau kucing tu kuar..pastu kucing belari pegi kat tempat persembunyian anak dia yang baru dilahirkan yang mana ada tiga ekor kucing yang baru dilahir dan masih belum buka mata..tak tau la macam mana dia boleh sneak in masuk umah aku pelik jugek tak pernah dengar bunyi atau namapak bayaang kucing langsung.Then hubby aku letak anak2 kucing tu kat luar rumah pastu ibu dia ambik seekor demi seekor anak pi pindah tempat lain..tapi masa dia nak ambik anak dia yang kedua kalinya aku kesian ingat nak tolong ibu dia angkat anak dia yang lagi satu supaya ibu dia senang aku ingat la..tapi malangnya ibu dia merajuk bila aku cuba ikut tempat baru dia dan dia terus tak angkat anak dia yang ketiga tu..sian aku nengok anak kucing yang tinggal seekor tu tgh2 malam aku bukak gate aku selimutkan baby kucing tu..supaya tak sejuk sian tapi camana aku tak suka kucing taknak bela..tak tahan bau taik and kencing dia yang hancing..pastu aku masuk tidor..esok pagi2 aku tengok sahla ibu dia dah tinggal kan anak dia yang seekor ni..bila anak aku bangun dan nampak baby kucing ni..dia sibuk cakap dia nak kucing ni..and nak bawak kucing tu pegi rumah pengasuh dia and dia cakap dia akan jaga kucing tu..anank aku tu umur baru 3 tahun lebih..mula2 aku tak kasi tapi dia melalak cam nak gila nak jugak kucing tu..akhir aku ngan pengasuh dia tu pun mengalah dan bagi dia bawak baby kucing tu pergi rumah pengasuh dia tu rumah pengasuh anak aku tu kat sebelah rumah aku jek..hai pening aku pikir camamane supaya dia tak mo kucing tu..sebab aku tak suka bela kucing..huwa.......huwa...memang la aku tau kucing tu binatang kesayangan Nabi tapi camane aku tak tahan bau dia..and aku takut kuku kucing and tak suka binatang berbulu..tapi hubby aku ada bela rabbit dalam rumah walaupun aku suka tengok Rabbit tapi aku tak pegang pun Rabbit2 hubby aku tu..suka tengok je..huhuhuh..huwa...

Thursday, October 22, 2009

Kata-Kata Mutiara

Hmm..lama betul tak update blog aku yang cam rojak ni..tiba ari ni aku nak update lak tentang mutiara kata atau kata-kata hikmah yang aku jumpa ni masa search something memang menarik hati dan aku memang suka sesuatu yang memotivasi diri kita sendiri yala..kekadang tu kita ada up and down nye hidup ni..so supaya kita ni sentiasa ceria dan awet muda..hihii. so ini antara kata2 hikmah tu..saje je aku letakkan kat blog aku ni untuk motivasikan diri aku sendiri dan juga sume..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, June 24, 2009

FASHION LAGI!

Ini antara baju yang aku jual..nak tengok katalog penuh sila klik link bawah ni...

aku jual baju2 ni murah2 je...kepada sesiapa yang jadi agent baju atau pengedar baju yang nak jual semula baju2/perfume ni boleh contact my number 0122697330 saya akan bagi diskaun dari 20%-30% untuk agent/pengedar.


PERFUME

Ini Antara perfume yang aku jual...nak tengok catalog penuh sila klik bawah ni:-







Thursday, June 4, 2009

FASHION




























































































Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di 0122697330 atau email nurhayati_78@hotmail.com. Item yang sold out jika masih ada permintaan saya akan restock sekali lagi.

























Wednesday, May 13, 2009

Petua Rumah Tangga Bahagia

Petua RumahTangga Bahagia
Oleh Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

1.Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2.Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4.Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9.Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10.Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12.Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15.Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16.Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18.Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19.Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20.Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21.Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22.Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23.Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Perkhawinan

Kehidupan perkhawinan adalah sesuatu yang berbeza dengan dialam percintaan..tak semua yang kita fikirkan itu indah dikala alam perkhawinan betul tak?Dalam alam perkahwinan banyak dugaan yang kita harus bersabar untuk mengharunginya banyak masalah kita harus hadapi contoh pasal anak, pasal kewangan dan juga sikap pasangan masing2 yang telah jauh berubah dari sebelum alam perkhawinan.Kekadang kita tertanya sendiri kenapa pasangan kita dah berubah? bukan saja dari sudut main kayu tiga aje! tapi dari segala2nya.Tapi itulah hakikatnya bila kita sudah masuk alam perkhawinan ianya sangat berbeza dari alam percintaan yang semuanya indah..jadi jika kita telah masuk ke alam perkahwinan kita harus bersedia untuk menghadapi segala dugaan yang akan datang dalam hiudp kita yang memang sebenarnya adalah tidak mudah.Mudah mudahan rumahtangga kita akan kekal sepanjang hayat jika diizinkan Allah dan takdir jodoh kita ditentukan olehnya adalah bersama pasangan kita Amin..kalau nak cakap pasal perkhawinan ni sampai esok pun tak habis...hihihihi

Friday, April 10, 2009

KATALOG PERFUME

Kalau nak nak tengok katalognya korang semua boleh klik kat bawah ni

KLIK SINI


Saya amat mengalukan-alukan kepada semua yang berminat tentang perfume kami dan barang lain yang akan menyusul kemudian macam baju ke jamu ke nanti aku update jika ada free.

PERFUME

























































ORDER FORM








SILA ISI ORDER FORM DIBAWAH :

NAMA:




ALAMAT:




NO TELEPHONE:




Email Address:




BERI NAMA PRODUK,KOD PRODUK
DAN JUGA KUANTITI:




CARA PEMBAYARAN?

NORHAYATI BT AMRAN:114084047246(MAYBANK)



BUKTI PEMBAYARAN SILA COPY PASTE ATAU TULIS TARIKH BAYARAN DAN JUGA WAKTU BAYARAN:










create web form

Wednesday, March 18, 2009

Hey Ladies

Hey Ladies this song dedicated for you all!
inilah dia aku punya favourite song buat masa ni aku tujukan lagu ni kepada semua ladies yang diluar sana kita sebagai seorang wanita harus kuat dan tidak lemah...hidup wanita! hehehe kat bawah lirik aku sediakan link untuk download lagu tu.Enjoy cheers!

Hey Ladies -Lyrics
Rossa


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

http://www.airmp3.net/download/rossa/hey_ladies/mp3/dlXa_1d7c9_3

Thursday, March 12, 2009

Petua - Dari dapur

KHASIAT DARI DAPUR

KUNYIT ( CURCUMA DOMESTICA )
Kunyit merupakan satu lagi tumbuhan rempah yang digunakan dalam masakan. Isinya berwarna kuning dan bentuknya seakan isi halia tetapi lebih kecil. Daunnya juga banyak digunakan dalam masakan kerana baunya yang boleh membuka selera. Kunyit senang tumbuh di kawasan padang yang agak lembap. Masyarakat Melayu banyak menanam kunyit di belakang rumah ataupun di dalam pasu.
Dalam amalan perubatan tradisional, kunyit merupakan tumbuhan rempah yang paling banyak digunakan. Antara beberapa masalah kesihatan yang boleh diubati dengan menggunakan kunyit ialah :
Ubat Gatal-gatal Kulit
Ambil kunyit dan asahkan dengan memakai minyak kelapa sehingga menjadi pekat, kemudian lumurkan ke bahagian yang terlibat. Atau pun boleh juga gunakan kunyit sebesar jari kelingking bersama dengan dua biji kemiri, panaskan kedua-duanya di atas api, kemudian hiriskan halus-halus dan gosokkannya ke tempat-tempat yang gatal itu ketika ianya masih hangat.
Haid Yang Tidak Teratur
Masalah ini boleh diatasi dengan kunyit bersama ramuan-ramuan lain. Caranya, ambil dua buku kunyit lalu diparut, ketumbar, buah pala, jintan hitam, cengkih, kiambang dan daun seri gading. Kesemuanya ditumbuk sehingga halus lalu direbus sampai mendidih. Setelah dingin tapislah dan diminum, lakukannya 2 atau 3 kali seminggu.
Menghaluskan Kulit
Ambil kunyit dan kupas kulitnya lalu diparut campurkan dengan beras pulut hitam yang telah digoreng tanpa minyak dan telah ditumbuk halus bersama dengan kulit kayu manis. Campurkan ketiga-tiga bahan ini menjadi satu. Apabila nampak hitam, tambahkan kunyit lagi. Simpan di tempat yang tertutup supaya tidak kering.
Menguatkan Tenaga Batin
Ambil satu sudu besar air kunyit, satu sudu besar madu lebah asli, 1/2 sudu air limau nipis dan dua biji telur ayam kampung. Kacaukan telur ayam kampung dan campurkan bahan-bahan tadi kacau sehingga rata minumlah 2 kali seminggu.
Ubat Appendix
Penyakit ini boleh dikesan melalui tanda-tanda seperti pada permulaannya rasa gatal pada kulit perut, kemudian rasa sakit ketika menarik nafas dan tidak dapat membuang air besar dengan selesa kerana rasa sakit tersebut lagi memuncak.. Sakitnya ialah di bahagian bawah pusat di sebelah kanan.
Penyakit ini boleh diubati dengan menggunakan kunyit dan beberapa bahan lain. Caranya, ambil kunyit secukupnya, parut, campurkan dengan sedikit garam, gula merah, air limau nipis dan air panas secukupnya. Setelah dingin airnya diminum, minumlah setiap pagi dan petang sehingga sembuh.
Mengurangkan Panas Dalam Badan
Penyakit panas dalam badan merupakan penyakit yang sukar dikesan. Penyakit ini boleh dikesan pada kanak-kanak bila bibir kanak-kanak pecah-pecah. Untuk mengatasinya, ambil kunyit sebesar ibu jari, diparut halus setelah itu diperah dengan air yang dicampur dengan sedikit air asam jawa. Tapiskannya dan beri minum kepada kanak-kanak tadi.
Tambahkan Darah
Untuk menambahkan darah, ambil kunyit kira-kira 6 buku dan Lempoyang (rujuk lampiran )kira-kira tiga buku. Bersihkan kedua-duanya, ditumbuk atau diparut dan ambil airnya. Tapis campuran air ini minum. Selepas meminumnya telanlah sebiji kuning telur. Amalkannya selama seminggu anda akan dapati muka anda akan merah semula dan lebih bertenaga.
Melangsingkan Badan
Kunyit juga boleh digunakan untuk melangsingkan badan. Caranya, ambil sebuku kunyit hidup, bersihkannya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian rendam dengan air panas sebanyak satu gelas. Setelah sejuk, minumlah air tersebut dua kali sehari. Lakukannya sekali seminggu.
Merawat dan Mencantikkan Bibir
Ambil sebuku kunyit hidup, bersihkannya dan ditumbuk halus. Campurkan dengan tiga sudu santan kelapa. Sapukanlah campuran ini ke bibir setiap malam. Ulang beberapa kali sehingga memperolehi hasilnya.
Ubat Kudis
Ambil dua buku kunyit hidup, bersihkannya dan tumbuk sehingga halus kemudian masak dengan setengah cawan minyak kelapa. Setelah sejuk, sapukan kepada kudis dengan menggunakan kapas bersih. Sebelum disapukan, kudis hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.
Mulut Berbau
Masalah bau mulut merupakan masalah yang memalukan dan menimbulkan rasa yang tidak selesa. Untuk mengatasinya, minumlah air kunyit pada sebelah malam. Caranya, ambil sebuku kunyit sebesar ibu jari, bersihkan dan tumbuk hingga halus, rendam dengan air sebanyak 1/4 cawan. Setelah itu minumlah airnya.
Muka Berminyak
Sebahagian besar wanita kurang senang jika kulit muka mereka berminyak kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat. Untuk mengatasinya, ambil kunyit basah yang telah dibersihkan kemudian ditumbuk halus, setelah itu campurkannya dengan sesudu madu lebah dan air limau nipis dari perahan sebiji limau nipis. Gaulkan bahan-bahan tersebut. Setelah itu barulah disapukan pada muka yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan selama 15 minit, setelah kering bolehlah dicuci dengan air suam. Ulanglah beberapa kali sehingga muka tidak akan berminyak lagi.

CEKUR ( KAEMPFERIA GALANGA )

Masyarakat Melayu memang tidak asing dengan pokok ini kerana ianya banyak sekali digunakan sama ada sebagai rempah dalam masakan mahu pun sebagai bahan dalam ubat-ubatan tradisional. Pokok ini banyak ditanam oleh masyarakat Melayu sama ada di belakang rumah ataupun di dalam pasu. Isinya seakan-akan kunyit dan berwarna putih, daunnya rapat ke permukaan tanah. Di samping kegunaannya dalam masakan ia juga kaya dengan nilai perubatan. Antara kegunaannya adalah:-

Sebagai Ubat Batuk ( Bronkitis )
Ambil sepotong Cekur sebesar ibu jari, buangkan kulitnya. Berserta sedikit garam kunyahlah Cekur ini dan telan airnya.

Kempiskan Perut Buncit
Ambil segenggam cekur, sedikit tepung beras, sedikit gula merah, sedikit gula pasir dan sedikit garam. Tumbuk kesemuanya sehingga halus, kemudiam masukkan air 1/2 gelas. Kemudian tapis dan minumlah airnya. lakukannya selama 4 hari berturut-turut.
HALIA
Halia juga merupakan satu lagi rempah ratus yang digunakan secara meluas dalam masakan bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi juga oleh masyarakat lain di Malaysia. Pokok halia mudah di dapati kerana ianya mudah tumbuh dan tidak perlu penjagaan yang teliti. Masyarakat Melayu biasanya menanam pokok halia di belakang rumah. Halia , seperti juga tumbuhan rempah yang lain, selain daripada digunakan dalam masakan, masyarakat Malayu biasanya menggunakan Halia sebagai bahan dalam amalan perubatan terdisional. Antara beberapa masalah kesihatan yang boleh diatasi dengan menggunakan Halia adalah:-

Membuang Kahak dan Lendir di Halkum
Kahak dan lendir di halkum membuatkan kita berasa tidak selesa. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuk sedikit halia dicampur dengan sedikit gula batu minumlah dengan air panas. Buat berulang kali sehingga lendir dan kahak itu hilang.

Ubat Keputihan
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan halia. Ambil dua ruas halia dan dua tangkai daun asam. Tumbukkan kedua-duanya sekali dan campurkan dengan setengah gelas air masak. Setelah itu tapis dan bubuh garam secukupnya. Minum setiap hari. Juka rajin mngamalkannya, penyakit keputihan akan hilang.

Ubat Kembung Perut
Halia juga boleh dijadikan ubat untuk mengatasi masalah kembung perut. Ambil sedikit halia, tumbuk hingga lumat campurkan sedikit air, tapis dan minumlah air tersebut. Masalah kembung perut akan hilang.

Kurangkan Lemak Dalam Badan
Halia merupakan ramuan penting dalam amalan tradisional untuk melangsingkan badan. Untuk mengurangkan lemak dalam badan, ambil tiga potong halia, ditumbuk dengan sedikit jintan manis, jintan putih serta beberapa biji lada hitam sehingga lumat.
Kesemua bahan yang telah ditumbuk ini dimasukkan ke dalam air suam sebanyak 1/2 gelas. Bahan-bahan ini diperah dan ambil airnya dan campurkan dengan segelas air suam lagi. Minum 1/2 gelas pagi dan 1/2 gelas petang. Amalkannya selalu sehingga nampak hasilnya.

Badan Kepenatan dan Rasa Lemah
Selepas berkerja kuat, badan terasa penat terutama sekali pada bahagian sendi tulang dan otot-otot. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan halia. Caranya ialah ambil halia sebesar ibu jari, tumbuk halus dan campurkan dengan minyak kelapa sebanyak tiga sudu, kacau hingga rata setelah itu gosoklah pada bahagian sendi dan otot-otot tersebut. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Membersihkan dan Menghancurkan Darah Beku Dalam Badan
Menurut amalan masyarakat Melayu di Sabah, sup Halia yang dicampur dengan ayam kampung muda amat berkesan untuk memulihkan tenaga dan menghancurkan serta membuang darah beku dalam badan terutama bagi ibu-ibu yang baru bersalin. Amalkannya sepanjang tempoh pantang atau sekurang-kurangnya 30 hari.