Monday, July 19, 2010

Law of attraction

Aku sebenarnya amat baru mengenali LOA ni so skang aku suka sangat cari2 info2 berkenaan LOA ni dan aku akan letak kat my blog sebagai panduan untuk aku dan juga yang lain..dan sekarang aku akan cuba untuk mempraktikkannya dengan kata2,pemikiran dan visualization..hii impian aku ni tinggi woo..aku akan sentiasa berdoa dan berusaha supaya apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan satu hari nanti..Amin..so semenjak dua ni memang aku jaga pemikiran,perkataan aku supaya lebih positif ..hiiii

LOA adalah singkatan bagi perkataan Hukum dari Danijel Attraction dalam Bahasa Melayunya ialah Hukum Ketertarikan.



Penjelasan cepat bagi LOA ialah: The Science of Menarik Lebih daripada Apa yang Anda Inginkan dan Kurang dari Apa yang Anda Tidak (Hukum Sains Yang Lebih Menarik Apa Yang Mahu nama dan Kembali Dan Less Apa Yang nama dan Kembali Tidak Mahu)


Itu bererti fikiran dan emosi anda yang menjadikan sesuatu anda pada masa lalu, sekarang dan masa depan.


Jika anda berfikir bahawa anda sangat kaya dan anda yakin dengan iman yang tidak tergoyah dan anda benar-benar merasakan perasaan positif yang kuat yang membuat anda sendiri "GLOW", dan anda akan menariknya.


Ianya akan datang kepada anda sebagai idea, intuisi atau firasat yang akan menggerakkan anda kearah kekayaan untuk cara menghasilkan banyak wang.


Bagaimana pekara ini akan datang kepada anda, adalah bergantung pada bagaimana anda menariknya.Pemikiran, emosi dan visualisasi adalah beberapa cara yang paling berkesan yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan tujuan dan impian anda dengan menggunakan kuasa yang luar biasa dari Hukum Attraction.


Undang-undang Attraction bertindak balas pada setiap pemikiran dan emosi anda.Apabila anda memikirkan sesuatu yang buruk seperti hutang, putus atau kemalangan, itulah yang akan anda dapatkan.


Jadi, ingatlah bahawa anda harus sangat berhati-hati dari cara pemikiran anda.Jika anda sedang duduk di pejabat dan anda menatap timbunan bills memikirkan tentang hutang, maka fikiran anda akan menghantar kepada alam semesta dan akan bertindak balas dengan memberikan anda lebih banyak hutang.


Daripada berfikir atau berkata tentang:


"Saya tidak mahu melihat bil-bil ini lagi!"


"Aku benci hutang!"


"Mengapa aku selalu dalam hutang?"






Cubalah untuk mengubahnya ke:

"saya dalam proses untuk menjadi kaya"


"Saya ingin lebih banyak wang dan berbelanja dengan senang hati."


"Aku ingin banyak kekayaan supaya aku boleh pergi bercuti kemana-mana dengan seseorang yang disayangi atau bersama keluargaku."


"Saya ingin mendapatkan $ 30,000 se bulan dari perniagaan atau pelaburan saya."




Berikut adalah kesalahan biasa yang kita lakukan. Alam semesta akan menapis semua fikiran yang negative seperti tidak, jangan, tidak dan sebagainya.


Apabila anda berkata, "Saya tidak mahu melihat bil lagi" Alam semesta! Akan menerima sebagai, "Aku ingin melihat bil-bil ini lagi!" Dan itu akan mengwujudkan lagi lebih banyak bil anda kerana itulah keinginan anda.


Apabila anda berkata, "Aku benci hutang" Alam semesta akan menafsirkannya sebagai, "HUTANG" Jadi!!, Ini akan memberi anda lebih banyak hutang kerana anda menarik itu.


Apabila anda berkata, "Mengapa aku selalu dalam hutang" Sekali lagi?, Alam semesta akan mentafsirkan sebagai, "Aku selalu dalam hutang" anda tahu tidak? kata2 anda ini yang menyebabkan anda akan selalu dalam hutang.


Jadi pengajaranya: Tukar bahasa anda. jaga bahasa,perkataan anda dan waspadalah terhadap apa yang anda katakan, berfikir dan merasa, hari demi hari.






Tips menjadi Money Magnet Yang Berkuasa

Tips menjadi money magnet yang berkuasa



Wang mempunyai energy magnet.kamu adalah magnet yang menarik kepada anda segala hal, melalui isyarat anda memancarkan melalui fikiran dan perasaan anda.


1.Biar jelas tentang jumlah wang yang ingin anda terima. Nyatakan dan niatkan! (Bukan berapa banyak yang anda boleh peroleh, tetapi berapa banyak anda mahu menerima).


2. Jatuh cinta dengan wang. (Kebanyakan orang tidak mencintai wang, kerana mereka tidak mempunyai cukup banyak).


3.Visualize dan bayangkan diri anda menghabiskan semua wang yang anda inginkan, seakan-akan anda sudah memilikinya.


4. Berbicara, bertindak dan berfikir dari pola pikir yang kaya sekarang. (Menghapuskan fikiran dan kata-kata kekurangan seperti "Aku tidak mampu", "Itu terlalu mahal").


5. Jangan berbicara atau berfikir tentang kekurangan wang walaupun untuk sesaat.


6. Bersyukur atas wang yang anda miliki.Hargainya sewaktu anda menyentuhnya.


7. Buatlah senarai dari semua hal yang akan anda beli dengan limpahan wang.


8. Melakukan apa sahaja bagi anda untuk merasa kaya.


9. Menegaskan kepada diri sendiri setiap hari bahawa anda mempunyai banyak wang, dan bahawa ia datang kepada anda dengan mudah.


10. Menghargai semua kekayaan sekitar anda, termasuk kekayaan orang lain. Carilah kekayaan di mana pun anda pergi, dan hargailah.


11. Pastikan bahawa wang akan datang kepada anda.


12. Cinta diri sendiri dan tahu bahawa anda patut dan layak untuk mendapatkan limpahan wang.


13. Ingatkan diri anda setiap hari bahawa anda adalah magnet wang, dan bertanya pada diri sendiri sentiasa, saya menarik wang sekarang atau menolaknya pergi dengan pemikiran saya.


14. Sentiasa bayar diri anda sendiri dahulu dari gaji anda, kemudian membayar kreditor anda. (Dalam tindakan tunggal, anda mengatakan Semesta bahawa anda berharga dan layak mendapatkan lebih dari itu).


15. Ulangi berulang-ulang setiap hari, "SAYA ADALAH MAGNET WANG DAN WANG DATANG KEPADA SAYA SENANG DAN MUDAH".


16. Menulis cek untuk diri sendiri untuk jumlah wang yang anda ingin miliki dan membawanya di dalam dompet anda. Lihat selalu.

*diolah dari sumber dari http://worldsoccershoppe.com/blog/







Friday, July 9, 2010

Law of attraction

Kali ni nak share skit ngan korang pasal Law of Attraction kat sini aku nak kumpul semua info pasal benda ni kat my blog...untuk tatapan semua dan juga aku..best kalau korang baca memang betul...kita mesti berfikiran positif sentiasa..aku ada beli buku yg cam dlm gambar bawah ni dan buku ini ajar cara2 nak guna law of attraction



Harga RM27.00 je
beli kat MPH

Law Of Attraction



1. Memaksimakan sepenuhnya Doa

Sebagai seorang hamba yang hidup dengan belas ihsan dari Penciptanya maka amatlah penting untuk kita sentiasa berkomunikasi denganNYA. Sebagai seorang Muslim kita haruslah sering berkomunikasi dengan Allah. Apakah medium yang digunakan untuk berkomunikasi denganNya? Jawapannya ialah Doa. Oleh sebab itu, kita harus tahu beberapa aspek dan adab berdoa yang betul supaya impian kita dimakbulkan. Tidak kira apa pun impian anda asalkan ianya positif di sisi Tuhan. Sebenarnya pembaca yang budiman sekalian, kuasa doa ini sangat hebat dan sepatutnya menjadi senjata orang-orang mukmi. Jika anda berdoa untuk tujuan yang baik dengan sepenuh jiwa beserta adab sebagai hamba yang lemah, Tuhan pasti akan makbulkan segala impian kita.


2. Menyuburkan rasa syukur dalam hati

Rasa syukur di dalam hati dapat membuatkan kita menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Kuasa syukur itu juga hebat. Apabila kita bangun pagi, tatkala kita menjengah keluar kita dapat melihat betapa indahnya dunia ini, sebenarnya itu adalah nikmat yang sangat besar yang kita miliki berbanding mereka yang buta matanya tidak nampak apapun kecuali kegelapan. Begitu juga dengan kesihatan yang baik, kerana dengan kesihatan yang baik kita dapat bekerja, berniaga dan dapat melakukan amanah yang diberikan dengan sempurna, maka wajiblah kita memanjatkan syukur kepadaNya.

Dengan syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.


3. Kesabaran akan membuahkan kejayaan.

Tidak ramai orang yang boleh bersabar dalam dunia ini. Semuanya mahu cepat dan mudah. Hanya segelintir yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sabar itu banyak hikmahnya. Kesabaran mampu membuatkan seseorang tabah dalam menempuh apa juga cabaran yang dating. Apabila dia dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila dilanda masalah dia tenang dan sabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Apabila sabar mekar di hati, maka tidak perlu risau tentang masalah yang mendatang. Tidak perlu risau teng kegagalan kerana yakin bahawa kesabaran dan istiqamah kita itu pasti dibalas dengan kejayaan.

3 cara LOA ini boleh dipraktikkan dalam hidup kita. Yakinlah dengannya. Sekiranya impian kita telah tercapai, bersyukurlah. Buanglah sikap ego dan lupa diri mahupun takbur. Ikutlah resam padi, semakin berisi semakin tunduk kebawah. Sesungguhnya Doa + Syukur + Sabar adalah azimat yang paling hebat anugerah Allah SWT kepada kita hambaNya yang lemah.

Sumber :http://mindahebat.com/tag/hukum-tarikan/

Friday, May 14, 2010

Pedoman untuk semua

Sebelum ni pun aku pernah jugak terpikir benda ni kenape macam ni dan kenape?..aku ni biasa2 je orangnya sederhana..so aku jumpa artikel kat blog orang lain dan aku copy paste kat sini untuk dijadikan pedoman untuk aku sendiri dan juga orang lain..so baca la artikel kat bawah ni :


Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".


So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.


Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.


Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.


Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..


Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.


Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."


(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.


Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.


Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.


Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.


Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.


Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.


Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.


Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.


Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.


Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.


Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.


Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj.. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.


Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.


Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Wallahualam


Sumber* Jiwang.org

27th January 2010 - 7th day - Macau

Ha hari ni ari last aku kat bumi China ni...pagi2 kul 6:30 pagi kitaorang dah bangun sebbab nak check out sbb flight kitaorang Macau - KUL pukul 10:00 pagi..hihi tak sabar rasanya nak sampai malaysia masa tu baru rasa betapa bestnya kat Malaysia segala2nya ada makanan yang variety orang yang variety dan orang2 kita lebih sopan dari orang2 kat sane thats why pelancong mat salleh suka sgt pegi Malaysia..dan lagi mungkin disebabkan masalah komunikasi..susah nak cari orang pandai cakap english..Hmmm memang rindu sgt nak balik Malaysia masa tu baru  6 malam kat bumi China ni ..hihii takleh dudul sini nampaknya aku.Exspecially pasal makanan la..mati kering aku kalo lame kat sini..Kitaorang tak mandi pagi pun ari tu masa nak flight balik ke Kl hihiii sejuk gila pagi tu...Bye2 China....anyway very interesting experience sbb aku pegi sume tempat ni tanpa ada tour Guide sendiri jalan....hiihii sape nak cuba leh la murah skit budget kalau pegi sendiri..jauh beza kalau compare dengan ambik package....

Monday, May 3, 2010

26th January - 6th Day Guangzhou - Macau

Hari keenam pagi2 dalam kul 8:00 pagi kitaorang check out awal sebab dah nak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Macau dari hotel kita orang ambik teksi untuk ke stesen bas yang boleh boleh bawak kitaorang ke Zhuhai iaitu sempadan Macau.Perjalanan kitaorang dari Guangzhou ke Zhuhai ambil masa dalam 2 jam ini adalah satu2nya jalan yg boleh bawak korang ke Zhuhai takda Train nak ke Zhuhai dari Guangzhou.Dalam bas kitaorang takut2 gak takut terlepas station yang sepatutnya jadi aku pun tanya kat sorang budak pompuan china ni aku tanya dia Can you speak english? dia ckp little bit..okayla tu..aku pun tanya mane nak berhenti kalau nak pergi Macau? dia kata next station bila sampai next station aku tanya sini ke? dia kata no no..so setiap each station dia ckp no sampai la last station baru la dia bgtau kat sini kena berenti aku rasa dia susah nak bgtau yg aku kena berenti kat last station.Cian dia tapi baik budak pompuan tu sampai turun bas tu aku tanya lagi budak tu kat mane aku kena naik bas nak pegi Macau? dia susah nak ckp in english pastu dia tolong tanyakan orang kat situ..dah dia susah nak cakap last2 dia terus tolong aku angkat stroller anak aku gi atas aku pun follow je pastu dia tunjuk tempat imigresen Zhuhai.Punya payah budak tu nak tolong aku really baik betul budak walau tak tau nak cakap english dia usaha jugak nak tolong aku..rupanya2 pas dah keluar imigresen china tu kita tembus terus port imigresen Macau plak..la sebelah je rupenya....ingatkan nak kena naik bas buduh tul aku ni..huu..kuar je dah sampai Macau...I'coming Macau...macau ni memang cantik pemandanganya tenang je dan cantik bandarnye..

Dari sempadan Zhuhai- Macau tu kitaorang naik teksi untuk hotel kitorang kat Best Western Sun Sun malas nak pikir tapi teksi kat Macau ni memang mahal..Sampai kat hotel kitaorang takleh check in lagi diaorang kata check in Kul 3:00 so diaorang suruh kitaorang pegi makan dulu..tanyala ada Halal Food tak area there staff situ ckp ada indonesia restoran ke area belakang hotel tu so kitaorang pun jalan2 memang tengah kebulur pun..cari punya cari jumpa la restoran indon tu tapi dah tak beroperasi aku dah mengelabah camne nak makan ni? so jalan punya jalan jumpa satu restoran arab yg jual kebab tapi biasa Mahal berdengung la kebab je HKD 38 atau RM19 okay...tapi nak buat camne itu je makanan halal yg ada..huhuuu

Dah lepas makan kitaorang jalan skitla tapi penat so kitaorang tengok jam dah pukul 3:00 so kitaorang balik hotel dan check in rehat dan mandi jap kitaorang cadang nak melawat area St Ruin Paul tu malam tu sebab kitaorang dah tak cukup masa kitaorang esok dah nak balik KL dah one night je kat Macau sebab tu pilih hotel kat area yang berdekatan dengan St Ruin Paul tu yg walking distance jimat masa dan duit.

Dalam kul 7:00 kitaorang keluar hotel sbb nak gi jalan2 nak gi sangat tengok dekat bangunan St Ruin Paul tu dekat selalu tengok gambar je..jalan punya jalan tapi sume orang Filipino kat situ sume ingat aku ni orang Filipino jugak..hish2..... sbb memang kebanyakkan situ penuh dengan Filipino dan banyak juga yang dah jadi rakyat sane dan pandai cakap kantonis lagi tau...tapi senang skit ngan diaorang sbb diaorang pandai ckp English. Dan pusing2 dan tawaf satu bandar Macau jalan kaki dalam kul 11:00 mlm kitarorang balik hotel penat teramat sgt sbb banyak jalan..

Ha ni aku tgh posing kat depan port kastam Zhuhai




Ni dataran kat Zhuhai tu la betul2 depan imigresen China yg sempadan dengan Macau tu.



Ha ni dia dah sampai Macau dah..




Ini set kebab dia


 Ni alamat tempat Hot kebab tu leh

Ni restoran arab tu HOT KEBAB namenya


ada tanda halal ye..

jalan kat belakang memang sempit gila.





Ini pemandangan laut dari bilik hotel kitaorang




antara kawasan tumpuan pelancong bershopping


ha ni dia St Ruin Paul




ambik gambar dari atas bangunan St Ruin Paul


Wednesday, March 3, 2010

24 January - 25 January - 4th & 5th Day Shenzhen - Guangzhou

Tak sempat nak update destination yang seterusnya ni baru free nak update hihi kay aku sambung balik journey aku kat china tu..

Hari keempat di Shenzhen pagi-pagi cari makan halal untuk breakfast tapi tak jumpa last2 kitaorang pegi kat kedai KOPI ROTI yang kitaorang jumpa malam semalam tu.Lepas melantak kitaorang pun check out ambik teksi suruh diaorang anta gi train station Lou Hu nak pegi Guangzhou

ni kat Shenzhen lagi jalan2 last minute sebelum bertolak gi Guangzhou


ni kat station keretapi kat shenzen




ni di ticket tu siap ambik gambar saje gatal..hihi



Dalam tren menuju ke Guangzhou



Dalam tren cantik dan bersih
ni dia station Guangzhou East ada dua station satu lagi guangzhou Station hotel kitaorang dekat dengan gunagzhou east Station so kitaorang stop la kat sini.
Dah sampai Guangzhou east station kitaorang pun menonong je la kuar dari station ni dan nak cari hotel yang kitaorang  book la ingatkan boleh jalan tengok dari peta cam boleh jalan kaki je..tapi dah penat kitaorang ambik je teksi mula2 tak jumpa gak cari hotel walaupun dah bagi alamat last kitaorang nampak Pandan Restoran yang jadi landmark untuk kitaorang cari hotel dan memang dekat dengan hotel yang kitaorang book tu.Aku book hotel supaya senang nak cari makanan halal
Ni la hotel kitaorang "colourful Hotel" memang colorful hotel ni cantik dan moden suka sangat bilik sebab suasana dia macam kat rumah

tapi bilik air dia pakai cermin

cantil kan?...

Pas dah check in dah letak barang kitaorang terus kuar pegi makan kat Restoran Pandan actually restoran makanan indonesia aku pun apa lagi melantak ini nasi pertama yang aku makan selama kat China.Hmmm makanan dia boleh tahan sedapla tapi biasa la harga cam makan kat Hotel huhu... terpaksa la nak makan yang sedap dan pedas aku ni cerewet skit bab makan nasi goreng seafood ni Harga dia aku tak ingat sangat la tapi dalam RM18 atau 35 yuan camtu huh berdengung kan? nak tak nak bayor je la.Kat sini ada sorang waitress tu orang Indonesia tapi dah 4 tahun duduk kat china dah siap pandai cakap china dan tulis dalam bahasa china.Kitaorang pun tanya kat mane tempat shopping yang boleh pegi kalau dah petang2 ni di pun suggest kitaorang gi Beijing Lu dah habis makan kitaorang terus ambik teksi suruh hantar gi beijing Lu kitaorang dah suruh waitress tuliskan dalam bahasa China nama tenpat tu tak jauhla dalam lebih kurang 15 minit dah sampai..phuhhh punya la ramai manusia kat sini shopping complex dia cam shop lot yang berderet tu la tapi kawasan dia besar jenuh jugak la nak tawaf..bagi aku takda yang menarik sangat pun nak shopping kat sini biasa je..murah lagi beli barang kat danau kota atau sungai wang kat malaysia..The next day baru kitaorang pegi kat tempat pemborong tu..tapi takda mood kat sane sebab anak aku buat hal tak nak jalan nak dukung je stroller dia patah..kitaorang pun pegi la cari nak beli stroller baru yang agak murah kitaorang siap patah balik kat shopping complex beijing Lu cari stroller memang la ada tapi yang branded harga memang berdengung  betul paling murah RM290 tak jadi beli kitaorang ambik teksi gi tempat borong tu balik dalam teksi ada ternampak tenpat orang jual barang baby so kitaorang sampai sane nasib baik ada yang murah harga Rm70 jetapi brand china la jadila janji boleh guna untuk anak aku ni lega skit dia kitaorang takyah dukung dah..baru boleh jalan2 kat area2 pemborong tu..settle dah masalah tapi tak sempat nak jalan banyak sebabnya dah ptg tak sempat gi tempat2 lain gambar tempat2 pemborong pun aku tak ambik sbb masa takda mood penat...tapi at least aku dah tahu kat mane tempat yang aku nak cari..




kebulur masing2 anak aku makan satay..

ni la dia beijing lu masa petang

ni dah malam
huanshi donglu ni la nama jalan hotel tu huduh muka aku kat sini tepek gak la gambar..

Thursday, February 11, 2010

23 January 2010 - 3rd Day Hong Kong - Shenzhen


Pepagi buta gak kitaorang dah bangun tapi laki aku suruh aku gi sorang pegi airport ambik passport aku tu sebab nak save cost kalau sorang dah Rm60 pegi balik naik airport express belum Mtr connection dia lagi..so aku pun pegila sorang2 gi airport ambik passport aku tu sampai kat Lost & Found Office dia mintak ID Malaysia aku untuk pengesahan pompuan tu pun cakap passport aku tu jumpa masa hari aku samapai kat hong Kong tu tapi dia pun pelik kenape baru orang tu nak pulang kan passport aku..hah..apa2 la janji passport aku dah jumpa..yeah!! Laki aku kat hotel dah siap2 packing tinggal nak check out je..aku dah sampai hotel kitaorang terus check out dan jalan kaki nak menuju ke MTR station yang berdekatan nak gi ke next destination la plak iaitu Shenzhen dalam berjalan kaki nak gi MTR Station tiba2 kitaorang terserempak dengan restoran mamak dan ada tulis HALAL apa lgi kitaorang yang memang belum makan lagi pun singgah jap melahap.ha bawah ni ada gambar kedai mamak tu..cam tak caye lak ada kedai mamak kat Hong Kong ni..tapi mahal berdengung la Teh Tarik gelas kecik harga RM4 atau 8 HKD



ha ni laki aku ngan my son tengah makan







ni aku sempat lagi posing kat Hong Kong sebelum naik train ke Shenzhen





ni nama jalan yang terletaknya kedai mamak tu so sape nak cari halal food kat Hong Kong boleh gi cari jalan ni


ni la laut sempadan antara Hong Kong dan Shenzhen ni ambik masa dalam train nak menuju ke shenzhen.



Dalam kul 12 atau 1 lebih camtu kitaorang dah sampai Shenzhen turun dari station shenzen kitaorang tanya information kaunter dia camne nak gi hotel tempat kitaorang booking pompuan tu senang jawab just take taxi..hihi aku pun malas nak pikir aku turun bawah tengok dah ramai ulat2 yang suruh naik keta sapu diaorang mula2 aku tak tahu so ada pompuan approach aku pastu aku terus je tunjuk address hotel aku tu pastu dia ckp ok pastu aku tanya bape? dia taip kat HP 50 yuan so duit kita RM25 aah bolehla malas nak jalan kaki jauh2 lagi nama hotel kitaorang kat Shenzhen Hotel Difu yang betul dekat dengan tempat barang2 elektrik harga hotel ni agak murah dan cantik la bilik dia..yang aku geramnya keta sapu tu tak anta betul2 depan hotel aku tu dia cakap jalan depan skit kata jalan tutup lebih kurang camtula aku ckp English dia cakap cina cam paham2 je tengok isyarat tangan dia la..tension gak bila susah nak komunikasi ni..jalan kaki lagi kitaorang nak sampai ke hotel tu..dalam berjalan kaki tu stroller anak aku patah tapi masih boleh masukkan skru dia balik tapi kena jalan slow2 la hish ingatkan ambik teksi bolehla dia hantar sampai depan pintu hotel..haram *****punya keta sapu..so dah sampai kitaorang terus check in letak barang rehat badan dalam setengah jam..pastu terus kitaorang kuar jalan2 kat area situ memang banyak barang2 elektrik dan Hp ni tapi takda la murah cam orang ckp same je dengan harga kat mesia ni..same je dan ada yang lagi mahal dari malaysia...aku pun jalan2 kat mall barang elektrik dia so aku pun pegi nak tengok ada apa barang yang murah so aku pi kat tempat yang banyak jual barang It ni aku ingat nakla belikan anak aku Sony PSP kalu murah so tanya2 ada satu kedai ni pompuan sales dia pandai ckp english dan harga yang dia bagi agak menarik Sony PSP 1000 dia bagi harga RM400 atau 800 yuan so kitaorang pun setuju nak beli pastu tunggu dia ambik stock dari mane ntah pastu hubby aku tengok PSP tu dah calar2 tapi dia siap letak pelekat kat skrin dia so my hubby pun tanya baru ke ni? dia cam nak tipu kitaorang tapi hubby aku ckp ni cam dah second hand pastu baru dia ckp benda tu memang second hand pastu hubby aku taknak la dia kata kat mesia kalau second hand boleh dapat harga lagi murah dari tu..so kitaorang pun tak jadi beli..melalak anak aku cian dia malas la nak cari lagi kiraorang pun jalan tempat lain kat area2 tu je ya allah ramainya orang tak tau nak ckp memang busy gila kat shenzhen ni kat sini kitaorang tak jumpa pun Muslim restoran so aku kebulur la aku cuma tinggal Cereal bar je maggi dah habis tapi waktu malam kitaorag jalan2 adala jumpa satu kedai ni nama dia KOPI ROTI tapi kitaorang tak masuk la jalan lagi jumpa sorang china Muslim ni jual sate harga dia RM1.00 secucuk..ntah aku tak makan laki aku ckp sedap..


Anak aku tengah posing


Nila bilik kat hotel Difu Shenzhen









tiba tersesat nama kedai bahasa melayu Boleh??? malam tu kitaorang tak masuk pun kedai ni cuma cam tak caya ada bahasa melayu nama kedai makan ni tapi esok paginya setelah puas cari kedai makan halal tak jumpa kitaorang pun masuk la kedai ni staff dia sume peramah2 kedai ni owner dari Singapore baru 4 hari bukak diaorang cakap orang china tak tau minum Kopi sbb tak ramai orang cina masuk kedai ni cuma pelancong je..pagi tu aku ank beranak minum kopi dengan roti dan telur separuh masak je unutk alas perut sebelum bertolak ke guangzhou



anak aku tengah minum air coke dengan cuaca sejuk camtu...


ni la kebanyakkan basikal yang diaorang gunakan kat Shezhen tu takda motor langsung tapi keta ada la



ha siap pakai glove lagi memang sejuk gile kat sane aku pun tak tahan..

ni plak chinese muslim kat shenzen yang jual satay yang hubby aku cakap sedap tu..siap pakai kopiah lagi





tu dia my hubby ngan anak aku tengah menikmati satay Shenzhen..

dia siap suruh aku ambik gambar dia lagi