Thursday, February 11, 2010

23 January 2010 - 3rd Day Hong Kong - Shenzhen


Pepagi buta gak kitaorang dah bangun tapi laki aku suruh aku gi sorang pegi airport ambik passport aku tu sebab nak save cost kalau sorang dah Rm60 pegi balik naik airport express belum Mtr connection dia lagi..so aku pun pegila sorang2 gi airport ambik passport aku tu sampai kat Lost & Found Office dia mintak ID Malaysia aku untuk pengesahan pompuan tu pun cakap passport aku tu jumpa masa hari aku samapai kat hong Kong tu tapi dia pun pelik kenape baru orang tu nak pulang kan passport aku..hah..apa2 la janji passport aku dah jumpa..yeah!! Laki aku kat hotel dah siap2 packing tinggal nak check out je..aku dah sampai hotel kitaorang terus check out dan jalan kaki nak menuju ke MTR station yang berdekatan nak gi ke next destination la plak iaitu Shenzhen dalam berjalan kaki nak gi MTR Station tiba2 kitaorang terserempak dengan restoran mamak dan ada tulis HALAL apa lgi kitaorang yang memang belum makan lagi pun singgah jap melahap.ha bawah ni ada gambar kedai mamak tu..cam tak caye lak ada kedai mamak kat Hong Kong ni..tapi mahal berdengung la Teh Tarik gelas kecik harga RM4 atau 8 HKD



ha ni laki aku ngan my son tengah makan







ni aku sempat lagi posing kat Hong Kong sebelum naik train ke Shenzhen





ni nama jalan yang terletaknya kedai mamak tu so sape nak cari halal food kat Hong Kong boleh gi cari jalan ni


ni la laut sempadan antara Hong Kong dan Shenzhen ni ambik masa dalam train nak menuju ke shenzhen.



Dalam kul 12 atau 1 lebih camtu kitaorang dah sampai Shenzhen turun dari station shenzen kitaorang tanya information kaunter dia camne nak gi hotel tempat kitaorang booking pompuan tu senang jawab just take taxi..hihi aku pun malas nak pikir aku turun bawah tengok dah ramai ulat2 yang suruh naik keta sapu diaorang mula2 aku tak tahu so ada pompuan approach aku pastu aku terus je tunjuk address hotel aku tu pastu dia ckp ok pastu aku tanya bape? dia taip kat HP 50 yuan so duit kita RM25 aah bolehla malas nak jalan kaki jauh2 lagi nama hotel kitaorang kat Shenzhen Hotel Difu yang betul dekat dengan tempat barang2 elektrik harga hotel ni agak murah dan cantik la bilik dia..yang aku geramnya keta sapu tu tak anta betul2 depan hotel aku tu dia cakap jalan depan skit kata jalan tutup lebih kurang camtula aku ckp English dia cakap cina cam paham2 je tengok isyarat tangan dia la..tension gak bila susah nak komunikasi ni..jalan kaki lagi kitaorang nak sampai ke hotel tu..dalam berjalan kaki tu stroller anak aku patah tapi masih boleh masukkan skru dia balik tapi kena jalan slow2 la hish ingatkan ambik teksi bolehla dia hantar sampai depan pintu hotel..haram *****punya keta sapu..so dah sampai kitaorang terus check in letak barang rehat badan dalam setengah jam..pastu terus kitaorang kuar jalan2 kat area situ memang banyak barang2 elektrik dan Hp ni tapi takda la murah cam orang ckp same je dengan harga kat mesia ni..same je dan ada yang lagi mahal dari malaysia...aku pun jalan2 kat mall barang elektrik dia so aku pun pegi nak tengok ada apa barang yang murah so aku pi kat tempat yang banyak jual barang It ni aku ingat nakla belikan anak aku Sony PSP kalu murah so tanya2 ada satu kedai ni pompuan sales dia pandai ckp english dan harga yang dia bagi agak menarik Sony PSP 1000 dia bagi harga RM400 atau 800 yuan so kitaorang pun setuju nak beli pastu tunggu dia ambik stock dari mane ntah pastu hubby aku tengok PSP tu dah calar2 tapi dia siap letak pelekat kat skrin dia so my hubby pun tanya baru ke ni? dia cam nak tipu kitaorang tapi hubby aku ckp ni cam dah second hand pastu baru dia ckp benda tu memang second hand pastu hubby aku taknak la dia kata kat mesia kalau second hand boleh dapat harga lagi murah dari tu..so kitaorang pun tak jadi beli..melalak anak aku cian dia malas la nak cari lagi kiraorang pun jalan tempat lain kat area2 tu je ya allah ramainya orang tak tau nak ckp memang busy gila kat shenzhen ni kat sini kitaorang tak jumpa pun Muslim restoran so aku kebulur la aku cuma tinggal Cereal bar je maggi dah habis tapi waktu malam kitaorag jalan2 adala jumpa satu kedai ni nama dia KOPI ROTI tapi kitaorang tak masuk la jalan lagi jumpa sorang china Muslim ni jual sate harga dia RM1.00 secucuk..ntah aku tak makan laki aku ckp sedap..


Anak aku tengah posing


Nila bilik kat hotel Difu Shenzhen









tiba tersesat nama kedai bahasa melayu Boleh??? malam tu kitaorang tak masuk pun kedai ni cuma cam tak caya ada bahasa melayu nama kedai makan ni tapi esok paginya setelah puas cari kedai makan halal tak jumpa kitaorang pun masuk la kedai ni staff dia sume peramah2 kedai ni owner dari Singapore baru 4 hari bukak diaorang cakap orang china tak tau minum Kopi sbb tak ramai orang cina masuk kedai ni cuma pelancong je..pagi tu aku ank beranak minum kopi dengan roti dan telur separuh masak je unutk alas perut sebelum bertolak ke guangzhou



anak aku tengah minum air coke dengan cuaca sejuk camtu...


ni la kebanyakkan basikal yang diaorang gunakan kat Shezhen tu takda motor langsung tapi keta ada la



ha siap pakai glove lagi memang sejuk gile kat sane aku pun tak tahan..

ni plak chinese muslim kat shenzen yang jual satay yang hubby aku cakap sedap tu..siap pakai kopiah lagi





tu dia my hubby ngan anak aku tengah menikmati satay Shenzhen..

dia siap suruh aku ambik gambar dia lagi

22 January 2010 - 2nd day Hong Kong

Pagi2 buta lagi kitaorang dah bangun sebab nak pegi airport balik nak gi tanya terus kat Lost & Found office tu..dah siap mandi sume kitaorang terus jalan kaki gi MTR station and beli Octopus card dan naik aiprot Exprexs link pegi airport dalam setengah jam kitaorang dah sampai kat airport Hong Kong dan terus cari Lost & Found office sampai kat sane kitaorang hampa lagi sekali..diorang cakap benda yang same cuma ada Filiphine punya pasport je so dengan perasan hampa dan sayu, risau dan
macam2 perasaan lagi la yang ada kat hati ni pastu kitaorang pun pegi la nak report kat polis Hong Kong berkenaan passport aku yang hilang tu ada sorang polis ni dia tak pandai cakap english sangat tapi dia dengan ramahnya tetap gak nak explain bagitau camane pastu dia cakap suruh kitaorang tunggu sampai tengahari mungkin ada orang dah jumpa passport aku tu tapi tak pulangkan lagi kat lost & found office so kitaorang pun tunggu dan berlegar2 kat aiprot tu tanpa arah tujuan dan kitaorang ada telefon Malaysia Embassy bgtau kejadian yg berlaku so diaorang suruh dtg ke Malaysia Embassy dia kata kalau betul2 passport aku hilang aku aku takleh gi mane2 dah kena tunggu emergency certificate dan beli ticket baru dan kena balik malaysia guna emergency certificate dan samapi Malaysia baru booleh buat passport baru so segala apa yang aku rancang nak gi china dan Macau harus dibatalkan sbb sku dah takda dokumen sume hotel kat china dan MAcau aku dah booking dan dah dicharge ke kad kredit aku aku kena let go je cam tu..sedih bila aku pikir benda ni sume...habis duit aku..huhuhu aku pikir2 kenape boleh passport aku hilang pastu baru aku teringat masa nak chop passport kitaorang kat Immigresen hongkong diaorang bagi balik passport tu dengan departure card dan form lain dalam keadaan yang berselerak dan tak teratur laki aku pulak dalam keadaan berselerak tu jugak dia bagi kat tangan aku dan aku pun terus masukkan dalam bag tak periksa dulu..tapi aku rasa cam pegawai immigresen kat sane tu je saje tinggal passport aku biasala kekadang ada jenis orang yang tak banyak keje saje nak menyusahkan orang .ish sedapnye aku tuduh pegawai tu..cam de bukti je..hihihi lepas geram sakit hati aku..aku agak je la..pas dah cakap ngan Malaysia embassy aku pun rasa frust teramat2 sangat laki aku pun cian aku..dia peluk aku di kata dia taknak balik asing2 dia nak balik ngan aku gak takpa kuar duit..sedihnye..tapi aku geram gak ngan laki tu sbb dia tak check betul masa bagi passport tu kat aku aku pun salah gak same tak check kitaorang still berlegar2 lagi kat airport tu still mengharap dan menuggu kot2 ada orang pulangkan passport aku tu.Sepatutnya plan ari kedua ni nak gi DIsneyland nak bawak ank aku tu..so hari dah pukul 12 lebih dah masa tu so aku cakap ngan laki aku tu apa kata kita gi je Disneyland dulu pasal passport kita pikir kemudian dan aku berharap akan orang pulangkan passport aku hari ni dan tunggu jawapan sampai esok pagi then baru pegi Malaysia Embassy ari isnin sbb esok hari sabtu Malaysia Embassy tutup sebab dah takleh buat apa2 selain berharap akan ada orang pulangkan passport aku tu sampai esok hari.Dengan perasan yang tak happy kitaorang pun pegi Disneyland dengan teksi tambang dalam 100HKD / RM50 semata2 kerana nak happy kan anak aku tu..tujuan aku pegi hongkong ni pun main reason nak bawak dia pegi Disneyland dalam keadaan yang gundah gulana kitaorang pun masukla Disneyland ambik gambar pun cam terpaksa senyum sebab hati tak senang dan dah takda mood dah walaupun disneyland tu cantik..anak aku je la happy tapi nak main satu mainan pun kena beratur panjang tu yang letih tu..dah la aku tengah susah hati mikir passport aku tu..layan jugakla anak tu..anak aku ni pulak buat hal dianaik tapi taknak beratur dia suruh cepat agaknya dia pun moody sbb mummy dia tengah susah hati..kitaorang kat disneyland sampai closing ceremony dia la yang ada pertunjukkan bunga api tu..itupun rasa tak cukup time nak naik sume benda sebab kitaorang sampai pun pukul bape dah dekat pukul 3 baru masuk disneyland tu..hish buang masa betul ni sume gara2 passport aku tu..dah habis bunga api tu kitaorang pun balik hotel dengan MTR samapi kat hotel kitaorang terus cll Lost & Found office dan tanyakan kalau ada orang hantar passport aku tu pas tu dia tanya nama aku aku cakapla nama kau pastu dia spell my name dia cakap passport aku dah ada kat tangan dia then aku cakap besok pagi2 aku akan datang ambik.Allhamdullilah....aku tak tau nak cakap apa aku rasa happy sesangat sebab passport aku dah jumpa husband aku pun punyala happy dan dia peluk aku and anak aku rasa cam nak nangis je rasanye sebab happy sangat...sebab maknanya segala yang aku rancang akan berjalan dengan lancar..dan boleh gi china..horeyyyyyy

21 January 2010 - 1st Day Kuala Lumpur - Hongkong

Aku dah packing aku punya baju sehari awal dan tinggal benda2 kecik je nak masukkan apa2 yang patut la untuk dipacking.kitaorang bertolak dari rumah pukul 2 petang untuk pegi ke LCCT sepang dengan naik teksi sebab waktu tu sume orang keje takda sape yang boleh anta pegi airport cian aku..aku sampai airport dalam kul 3pm sebelum belepas kita orang makan puas2 kat LCCT sbb takut lapar sampai kat Hong Kong tapi aku ada bawak maggi cup, nescafe segera dan cereal bar untuk bekalan kat sane.Kitaorang anak beranak naik flight dalam Kul 4:00 ptg gitu perjalanan dari KL ke Hongkong ambik masa lebih kurang 4 jam.Pukul 8:00 malam kitaorang dah sampai Hong Kong Airport masa tu rasa berdebar gak sebab kita orang gi sini tak ada tour guide tau..tapi beranikan hati gak tapi orang2 atau staff kat Hong Kong Airport muka sume macam taik!!!pegawai immigresen dia sombong nak mampus!!! ko cakap la hello ke hai ke diaorang ni cam batu takda response langsung...pas sume dah selesai kat airport tu kitaorang pun cari bas kat Luar airport tu nak gi area yang berdekatan dengan hotel kitaorang tu so dah beli tiket kitaorang pun naik bas aku ckp aku nak nak gi area YAu Ma tei Station MTR so dia cakap dia kan bgtau bila dah sampai.aku mengelabah gak dalam bas tu takut terlepas station tu pas tu aku pun gi depan tanya driver tu pas tu dia kata turun kat satu station bas ni tapi dia kata hotel aku tu very far ..alamak masak aku..aku pun turun je dari bas dan jalan kaki anak beranak ke arah yang ditunjukkan driver bas tadi jalan punnya jalan tak jugak nampak hotel kitaorang ni tanya orang kat tepi jalan banyak yang tak tau bahasa english huh! payah..pastu kitaorang dapat tanya polis hong kong yang tengah meronda dia kata dalam 10 minute je sampai la jalan kaki jalan lagi kitaorang still tak jumpa pastu kitaorang teruskan perjalanan jumpa la sorang mamat ni pandai english dan bgtau kitaorang dengan ramahya kitaorang jalan punya jalan jauh gak la dah dekat setengah jam baru kitaorang jumpa hotel yang kitaorang booking tu atas bukit plak tu tapi takda la tinggi sangat bukit tu tapi disebabkan kitaorang dah jauh berjalan kaki rasa penat teramat sangat sampai je kat hotel aku pun nak check in.Diaorang pun mintak la passport aku aku pun cari dalam beg cari punya cari aku tak jumpa passport aku dlam beg cuma passport anak aku dengan my hubby je yang ada..huhuu sampai aku punggah sume barang dalam sling bag tu still tak jumpa..memang aku cemas sangat masa tu YA Allah aku tak tahu nak cakap apa..pastu aku ckp aku punya passport mungkin jatuh kat aiport dan aku mintak no tefon airport tu pastu staff hotel suruh aku check in guna my hubby punya passport.Kiataorang pun check in dah sampai bilik hotel kitaorang risau teramat sangat aku cuba call nombor yang dia bagi dan connect ke Lost & Found office tapi takda orang jawab lagi la aku risau sampai dah takda mood langsung nak jalan2 cuba punya cuba cll dapat cll pastu aku tanya ada tak jumpa aku punya passport pastu dia kata dia cuma ada jumpa passport Filipine je aku pun rasa frust sangat pas tu aku pujuk hati aku ni and cakap dengan my hubby esok nak pegi airport balik nak gi lost & found office tu tanya lagi sekali.Pas dah tak jumpa aku pun makan lagi maggi cup yg aku bawak degan rasa hati yang tak tenang langsung, anak aku pulak tiba nangis2 nak balik rumah dia tengok sekeliling dia rasa cam tak suka tempat tu kot..cian plak aku tengok anak aku tu dah la kat airport aku cubit dia sekuat2 hati aku sebab dia berlari kat airport pastu dia gi pegang tempat luggage yang tak on aku ni takut dia kopak benda allah tu kang tak pasal aku yang kena jawab dah la aku benci tengok muka2 diaorang kat sane sume muka tengok kita cam kita penjenayah je..sebelum orang marah anak aku baik aku marah dia sbb bila orang marah anak aku kang aku sakit hati..cian anak mummy aku tengok merah tangan dia sebab aku cubit. Nangis aku bila aku tengok balik kesan sbb cubitan aku tu masa dia tengah tidur.hissh aku ni memang sensitif skit sbb tu aku tak nak pukul anak tu sbb aku yang sedih balik bila dah pukul..huhuhuuu maafkan mummy ya darwisy..
so kesimpulannya ada 2 moral yang aku nak bgtau korang dan juga aku ni.. in the future pekara ni takkan terjadi lagi.
MORAL 1 : Kalau nak gi hotel yang dekat dengan area MTR station dari airport takyah la naik bas naik je Airport Express Link kejap je dah sampai Hongkong City tambang dalam RM30 atau 60 HKD sbb kita tak tau jalan kalau tak menapak jauh la gamaknye cam kitaorang ni..
MORAL 2: Ingat passport tu penting make sure semua passport cukup sebelum disimpan ditempat yang selamat.kalau tak susah dan leceh urusannye..

Dah Balik bercuti...

Hmm sebenarnya dah dekat 2 minggu dah aku balik dari Hong Kong dan China tapi tak sempat nak update blog ni dengan gambar2 dari sane..sebab sehari balik dari china aku demam sampai takleh bangun badan pun lemah.Aku rasa kan mesti sebab kat sane cuaca sejuk dah seminggu aku kat sane pastu baru je balik aku terus berjemur kat tengah panas bukanya apa customer aku nak ambik perfume dia direct dari aku ..sebelum jumpa customer aku tu aku dtg awal so aku pun parking keta kat parking lot yg kat tengah2 panas tu tunggu customer aku sampai masa tu pnyalah panas hah! ambik aku pas tu balik rumah aku pening kepala teramat sangat pastu takleh bangun sampai la adek aku anta pain killer..baru lega skit tapi still tak larat jugak..hmm dah demam sampai 4 hari aku tak lalu makan lak masa demam tu cuma boleh makan roti je sekeping sebelum makan ubat sudahnya pas demam aku kena gastrik la plak pedih je perut hissh lemah betul body aku ni..tu lah dia ceritanye kisah aku ni sampai tak larat and lemah nak update apa2 kt blog aku ni..ari ni ada energy skit sebab sakit perut dah kurang tu lah nak update skit cerita kat blog aku ni..cuma aku rasa bersyukut ke hadratnye sebab selamat pergi dan balik dari China Aminn...