Monday, May 3, 2010

26th January - 6th Day Guangzhou - Macau

Hari keenam pagi2 dalam kul 8:00 pagi kitaorang check out awal sebab dah nak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Macau dari hotel kita orang ambik teksi untuk ke stesen bas yang boleh boleh bawak kitaorang ke Zhuhai iaitu sempadan Macau.Perjalanan kitaorang dari Guangzhou ke Zhuhai ambil masa dalam 2 jam ini adalah satu2nya jalan yg boleh bawak korang ke Zhuhai takda Train nak ke Zhuhai dari Guangzhou.Dalam bas kitaorang takut2 gak takut terlepas station yang sepatutnya jadi aku pun tanya kat sorang budak pompuan china ni aku tanya dia Can you speak english? dia ckp little bit..okayla tu..aku pun tanya mane nak berhenti kalau nak pergi Macau? dia kata next station bila sampai next station aku tanya sini ke? dia kata no no..so setiap each station dia ckp no sampai la last station baru la dia bgtau kat sini kena berenti aku rasa dia susah nak bgtau yg aku kena berenti kat last station.Cian dia tapi baik budak pompuan tu sampai turun bas tu aku tanya lagi budak tu kat mane aku kena naik bas nak pegi Macau? dia susah nak ckp in english pastu dia tolong tanyakan orang kat situ..dah dia susah nak cakap last2 dia terus tolong aku angkat stroller anak aku gi atas aku pun follow je pastu dia tunjuk tempat imigresen Zhuhai.Punya payah budak tu nak tolong aku really baik betul budak walau tak tau nak cakap english dia usaha jugak nak tolong aku..rupanya2 pas dah keluar imigresen china tu kita tembus terus port imigresen Macau plak..la sebelah je rupenya....ingatkan nak kena naik bas buduh tul aku ni..huu..kuar je dah sampai Macau...I'coming Macau...macau ni memang cantik pemandanganya tenang je dan cantik bandarnye..

Dari sempadan Zhuhai- Macau tu kitaorang naik teksi untuk hotel kitorang kat Best Western Sun Sun malas nak pikir tapi teksi kat Macau ni memang mahal..Sampai kat hotel kitaorang takleh check in lagi diaorang kata check in Kul 3:00 so diaorang suruh kitaorang pegi makan dulu..tanyala ada Halal Food tak area there staff situ ckp ada indonesia restoran ke area belakang hotel tu so kitaorang pun jalan2 memang tengah kebulur pun..cari punya cari jumpa la restoran indon tu tapi dah tak beroperasi aku dah mengelabah camne nak makan ni? so jalan punya jalan jumpa satu restoran arab yg jual kebab tapi biasa Mahal berdengung la kebab je HKD 38 atau RM19 okay...tapi nak buat camne itu je makanan halal yg ada..huhuuu

Dah lepas makan kitaorang jalan skitla tapi penat so kitaorang tengok jam dah pukul 3:00 so kitaorang balik hotel dan check in rehat dan mandi jap kitaorang cadang nak melawat area St Ruin Paul tu malam tu sebab kitaorang dah tak cukup masa kitaorang esok dah nak balik KL dah one night je kat Macau sebab tu pilih hotel kat area yang berdekatan dengan St Ruin Paul tu yg walking distance jimat masa dan duit.

Dalam kul 7:00 kitaorang keluar hotel sbb nak gi jalan2 nak gi sangat tengok dekat bangunan St Ruin Paul tu dekat selalu tengok gambar je..jalan punya jalan tapi sume orang Filipino kat situ sume ingat aku ni orang Filipino jugak..hish2..... sbb memang kebanyakkan situ penuh dengan Filipino dan banyak juga yang dah jadi rakyat sane dan pandai cakap kantonis lagi tau...tapi senang skit ngan diaorang sbb diaorang pandai ckp English. Dan pusing2 dan tawaf satu bandar Macau jalan kaki dalam kul 11:00 mlm kitarorang balik hotel penat teramat sgt sbb banyak jalan..

Ha ni aku tgh posing kat depan port kastam Zhuhai




Ni dataran kat Zhuhai tu la betul2 depan imigresen China yg sempadan dengan Macau tu.



Ha ni dia dah sampai Macau dah..




Ini set kebab dia


 Ni alamat tempat Hot kebab tu leh

Ni restoran arab tu HOT KEBAB namenya


ada tanda halal ye..

jalan kat belakang memang sempit gila.





Ini pemandangan laut dari bilik hotel kitaorang




antara kawasan tumpuan pelancong bershopping


ha ni dia St Ruin Paul




ambik gambar dari atas bangunan St Ruin Paul


1 comment:

ibnu marzuki al firdaus said...

kebab korea murah jah, 1/2 price. kira ok makan daging. wa tak surf google, last2 hanya telan vegi.

Post a Comment