Friday, July 9, 2010

Law of attraction

Kali ni nak share skit ngan korang pasal Law of Attraction kat sini aku nak kumpul semua info pasal benda ni kat my blog...untuk tatapan semua dan juga aku..best kalau korang baca memang betul...kita mesti berfikiran positif sentiasa..aku ada beli buku yg cam dlm gambar bawah ni dan buku ini ajar cara2 nak guna law of attraction



Harga RM27.00 je
beli kat MPH

Law Of Attraction



1. Memaksimakan sepenuhnya Doa

Sebagai seorang hamba yang hidup dengan belas ihsan dari Penciptanya maka amatlah penting untuk kita sentiasa berkomunikasi denganNYA. Sebagai seorang Muslim kita haruslah sering berkomunikasi dengan Allah. Apakah medium yang digunakan untuk berkomunikasi denganNya? Jawapannya ialah Doa. Oleh sebab itu, kita harus tahu beberapa aspek dan adab berdoa yang betul supaya impian kita dimakbulkan. Tidak kira apa pun impian anda asalkan ianya positif di sisi Tuhan. Sebenarnya pembaca yang budiman sekalian, kuasa doa ini sangat hebat dan sepatutnya menjadi senjata orang-orang mukmi. Jika anda berdoa untuk tujuan yang baik dengan sepenuh jiwa beserta adab sebagai hamba yang lemah, Tuhan pasti akan makbulkan segala impian kita.


2. Menyuburkan rasa syukur dalam hati

Rasa syukur di dalam hati dapat membuatkan kita menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Kuasa syukur itu juga hebat. Apabila kita bangun pagi, tatkala kita menjengah keluar kita dapat melihat betapa indahnya dunia ini, sebenarnya itu adalah nikmat yang sangat besar yang kita miliki berbanding mereka yang buta matanya tidak nampak apapun kecuali kegelapan. Begitu juga dengan kesihatan yang baik, kerana dengan kesihatan yang baik kita dapat bekerja, berniaga dan dapat melakukan amanah yang diberikan dengan sempurna, maka wajiblah kita memanjatkan syukur kepadaNya.

Dengan syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.


3. Kesabaran akan membuahkan kejayaan.

Tidak ramai orang yang boleh bersabar dalam dunia ini. Semuanya mahu cepat dan mudah. Hanya segelintir yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sabar itu banyak hikmahnya. Kesabaran mampu membuatkan seseorang tabah dalam menempuh apa juga cabaran yang dating. Apabila dia dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila dilanda masalah dia tenang dan sabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Apabila sabar mekar di hati, maka tidak perlu risau tentang masalah yang mendatang. Tidak perlu risau teng kegagalan kerana yakin bahawa kesabaran dan istiqamah kita itu pasti dibalas dengan kejayaan.

3 cara LOA ini boleh dipraktikkan dalam hidup kita. Yakinlah dengannya. Sekiranya impian kita telah tercapai, bersyukurlah. Buanglah sikap ego dan lupa diri mahupun takbur. Ikutlah resam padi, semakin berisi semakin tunduk kebawah. Sesungguhnya Doa + Syukur + Sabar adalah azimat yang paling hebat anugerah Allah SWT kepada kita hambaNya yang lemah.

Sumber :http://mindahebat.com/tag/hukum-tarikan/

4 comments:

arjunasetia said...

best!! Saya menarik ke dalam hidup saya, apa yang saya berikan perhatian, tumpuan yang mendalam dan fokus, samada perkara2 negatif atau pun positif..

Hayati said...

memang best..hiii

arjunasetia said...

sudi2lah menjenguk kesini:

http://husnuzzonloa.blogspot.com/

tq

Hayati said...

saya dah melawat blog awak..menarik dan sangat menarik...baru sy tahu awak ada anjur seminar2 kecil ye? macammane nak tahu seminar kecil yang akan dianjurkan boleh email saya di nurhayati.amran@gentingenergy.com/ nurhayati_78@hotmail.com

Tq

Post a Comment