Thursday, February 11, 2010

22 January 2010 - 2nd day Hong Kong

Pagi2 buta lagi kitaorang dah bangun sebab nak pegi airport balik nak gi tanya terus kat Lost & Found office tu..dah siap mandi sume kitaorang terus jalan kaki gi MTR station and beli Octopus card dan naik aiprot Exprexs link pegi airport dalam setengah jam kitaorang dah sampai kat airport Hong Kong dan terus cari Lost & Found office sampai kat sane kitaorang hampa lagi sekali..diorang cakap benda yang same cuma ada Filiphine punya pasport je so dengan perasan hampa dan sayu, risau dan
macam2 perasaan lagi la yang ada kat hati ni pastu kitaorang pun pegi la nak report kat polis Hong Kong berkenaan passport aku yang hilang tu ada sorang polis ni dia tak pandai cakap english sangat tapi dia dengan ramahnya tetap gak nak explain bagitau camane pastu dia cakap suruh kitaorang tunggu sampai tengahari mungkin ada orang dah jumpa passport aku tu tapi tak pulangkan lagi kat lost & found office so kitaorang pun tunggu dan berlegar2 kat aiprot tu tanpa arah tujuan dan kitaorang ada telefon Malaysia Embassy bgtau kejadian yg berlaku so diaorang suruh dtg ke Malaysia Embassy dia kata kalau betul2 passport aku hilang aku aku takleh gi mane2 dah kena tunggu emergency certificate dan beli ticket baru dan kena balik malaysia guna emergency certificate dan samapi Malaysia baru booleh buat passport baru so segala apa yang aku rancang nak gi china dan Macau harus dibatalkan sbb sku dah takda dokumen sume hotel kat china dan MAcau aku dah booking dan dah dicharge ke kad kredit aku aku kena let go je cam tu..sedih bila aku pikir benda ni sume...habis duit aku..huhuhu aku pikir2 kenape boleh passport aku hilang pastu baru aku teringat masa nak chop passport kitaorang kat Immigresen hongkong diaorang bagi balik passport tu dengan departure card dan form lain dalam keadaan yang berselerak dan tak teratur laki aku pulak dalam keadaan berselerak tu jugak dia bagi kat tangan aku dan aku pun terus masukkan dalam bag tak periksa dulu..tapi aku rasa cam pegawai immigresen kat sane tu je saje tinggal passport aku biasala kekadang ada jenis orang yang tak banyak keje saje nak menyusahkan orang .ish sedapnye aku tuduh pegawai tu..cam de bukti je..hihihi lepas geram sakit hati aku..aku agak je la..pas dah cakap ngan Malaysia embassy aku pun rasa frust teramat2 sangat laki aku pun cian aku..dia peluk aku di kata dia taknak balik asing2 dia nak balik ngan aku gak takpa kuar duit..sedihnye..tapi aku geram gak ngan laki tu sbb dia tak check betul masa bagi passport tu kat aku aku pun salah gak same tak check kitaorang still berlegar2 lagi kat airport tu still mengharap dan menuggu kot2 ada orang pulangkan passport aku tu.Sepatutnya plan ari kedua ni nak gi DIsneyland nak bawak ank aku tu..so hari dah pukul 12 lebih dah masa tu so aku cakap ngan laki aku tu apa kata kita gi je Disneyland dulu pasal passport kita pikir kemudian dan aku berharap akan orang pulangkan passport aku hari ni dan tunggu jawapan sampai esok pagi then baru pegi Malaysia Embassy ari isnin sbb esok hari sabtu Malaysia Embassy tutup sebab dah takleh buat apa2 selain berharap akan ada orang pulangkan passport aku tu sampai esok hari.Dengan perasan yang tak happy kitaorang pun pegi Disneyland dengan teksi tambang dalam 100HKD / RM50 semata2 kerana nak happy kan anak aku tu..tujuan aku pegi hongkong ni pun main reason nak bawak dia pegi Disneyland dalam keadaan yang gundah gulana kitaorang pun masukla Disneyland ambik gambar pun cam terpaksa senyum sebab hati tak senang dan dah takda mood dah walaupun disneyland tu cantik..anak aku je la happy tapi nak main satu mainan pun kena beratur panjang tu yang letih tu..dah la aku tengah susah hati mikir passport aku tu..layan jugakla anak tu..anak aku ni pulak buat hal dianaik tapi taknak beratur dia suruh cepat agaknya dia pun moody sbb mummy dia tengah susah hati..kitaorang kat disneyland sampai closing ceremony dia la yang ada pertunjukkan bunga api tu..itupun rasa tak cukup time nak naik sume benda sebab kitaorang sampai pun pukul bape dah dekat pukul 3 baru masuk disneyland tu..hish buang masa betul ni sume gara2 passport aku tu..dah habis bunga api tu kitaorang pun balik hotel dengan MTR samapi kat hotel kitaorang terus cll Lost & Found office dan tanyakan kalau ada orang hantar passport aku tu pas tu dia tanya nama aku aku cakapla nama kau pastu dia spell my name dia cakap passport aku dah ada kat tangan dia then aku cakap besok pagi2 aku akan datang ambik.Allhamdullilah....aku tak tau nak cakap apa aku rasa happy sesangat sebab passport aku dah jumpa husband aku pun punyala happy dan dia peluk aku and anak aku rasa cam nak nangis je rasanye sebab happy sangat...sebab maknanya segala yang aku rancang akan berjalan dengan lancar..dan boleh gi china..horeyyyyyy

No comments:

Post a Comment