Thursday, February 11, 2010

23 January 2010 - 3rd Day Hong Kong - Shenzhen


Pepagi buta gak kitaorang dah bangun tapi laki aku suruh aku gi sorang pegi airport ambik passport aku tu sebab nak save cost kalau sorang dah Rm60 pegi balik naik airport express belum Mtr connection dia lagi..so aku pun pegila sorang2 gi airport ambik passport aku tu sampai kat Lost & Found Office dia mintak ID Malaysia aku untuk pengesahan pompuan tu pun cakap passport aku tu jumpa masa hari aku samapai kat hong Kong tu tapi dia pun pelik kenape baru orang tu nak pulang kan passport aku..hah..apa2 la janji passport aku dah jumpa..yeah!! Laki aku kat hotel dah siap2 packing tinggal nak check out je..aku dah sampai hotel kitaorang terus check out dan jalan kaki nak menuju ke MTR station yang berdekatan nak gi ke next destination la plak iaitu Shenzhen dalam berjalan kaki nak gi MTR Station tiba2 kitaorang terserempak dengan restoran mamak dan ada tulis HALAL apa lgi kitaorang yang memang belum makan lagi pun singgah jap melahap.ha bawah ni ada gambar kedai mamak tu..cam tak caye lak ada kedai mamak kat Hong Kong ni..tapi mahal berdengung la Teh Tarik gelas kecik harga RM4 atau 8 HKD



ha ni laki aku ngan my son tengah makan







ni aku sempat lagi posing kat Hong Kong sebelum naik train ke Shenzhen





ni nama jalan yang terletaknya kedai mamak tu so sape nak cari halal food kat Hong Kong boleh gi cari jalan ni


ni la laut sempadan antara Hong Kong dan Shenzhen ni ambik masa dalam train nak menuju ke shenzhen.



Dalam kul 12 atau 1 lebih camtu kitaorang dah sampai Shenzhen turun dari station shenzen kitaorang tanya information kaunter dia camne nak gi hotel tempat kitaorang booking pompuan tu senang jawab just take taxi..hihi aku pun malas nak pikir aku turun bawah tengok dah ramai ulat2 yang suruh naik keta sapu diaorang mula2 aku tak tahu so ada pompuan approach aku pastu aku terus je tunjuk address hotel aku tu pastu dia ckp ok pastu aku tanya bape? dia taip kat HP 50 yuan so duit kita RM25 aah bolehla malas nak jalan kaki jauh2 lagi nama hotel kitaorang kat Shenzhen Hotel Difu yang betul dekat dengan tempat barang2 elektrik harga hotel ni agak murah dan cantik la bilik dia..yang aku geramnya keta sapu tu tak anta betul2 depan hotel aku tu dia cakap jalan depan skit kata jalan tutup lebih kurang camtula aku ckp English dia cakap cina cam paham2 je tengok isyarat tangan dia la..tension gak bila susah nak komunikasi ni..jalan kaki lagi kitaorang nak sampai ke hotel tu..dalam berjalan kaki tu stroller anak aku patah tapi masih boleh masukkan skru dia balik tapi kena jalan slow2 la hish ingatkan ambik teksi bolehla dia hantar sampai depan pintu hotel..haram *****punya keta sapu..so dah sampai kitaorang terus check in letak barang rehat badan dalam setengah jam..pastu terus kitaorang kuar jalan2 kat area situ memang banyak barang2 elektrik dan Hp ni tapi takda la murah cam orang ckp same je dengan harga kat mesia ni..same je dan ada yang lagi mahal dari malaysia...aku pun jalan2 kat mall barang elektrik dia so aku pun pegi nak tengok ada apa barang yang murah so aku pi kat tempat yang banyak jual barang It ni aku ingat nakla belikan anak aku Sony PSP kalu murah so tanya2 ada satu kedai ni pompuan sales dia pandai ckp english dan harga yang dia bagi agak menarik Sony PSP 1000 dia bagi harga RM400 atau 800 yuan so kitaorang pun setuju nak beli pastu tunggu dia ambik stock dari mane ntah pastu hubby aku tengok PSP tu dah calar2 tapi dia siap letak pelekat kat skrin dia so my hubby pun tanya baru ke ni? dia cam nak tipu kitaorang tapi hubby aku ckp ni cam dah second hand pastu baru dia ckp benda tu memang second hand pastu hubby aku taknak la dia kata kat mesia kalau second hand boleh dapat harga lagi murah dari tu..so kitaorang pun tak jadi beli..melalak anak aku cian dia malas la nak cari lagi kiraorang pun jalan tempat lain kat area2 tu je ya allah ramainya orang tak tau nak ckp memang busy gila kat shenzhen ni kat sini kitaorang tak jumpa pun Muslim restoran so aku kebulur la aku cuma tinggal Cereal bar je maggi dah habis tapi waktu malam kitaorag jalan2 adala jumpa satu kedai ni nama dia KOPI ROTI tapi kitaorang tak masuk la jalan lagi jumpa sorang china Muslim ni jual sate harga dia RM1.00 secucuk..ntah aku tak makan laki aku ckp sedap..


Anak aku tengah posing


Nila bilik kat hotel Difu Shenzhen









tiba tersesat nama kedai bahasa melayu Boleh??? malam tu kitaorang tak masuk pun kedai ni cuma cam tak caya ada bahasa melayu nama kedai makan ni tapi esok paginya setelah puas cari kedai makan halal tak jumpa kitaorang pun masuk la kedai ni staff dia sume peramah2 kedai ni owner dari Singapore baru 4 hari bukak diaorang cakap orang china tak tau minum Kopi sbb tak ramai orang cina masuk kedai ni cuma pelancong je..pagi tu aku ank beranak minum kopi dengan roti dan telur separuh masak je unutk alas perut sebelum bertolak ke guangzhou



anak aku tengah minum air coke dengan cuaca sejuk camtu...


ni la kebanyakkan basikal yang diaorang gunakan kat Shezhen tu takda motor langsung tapi keta ada la



ha siap pakai glove lagi memang sejuk gile kat sane aku pun tak tahan..

ni plak chinese muslim kat shenzen yang jual satay yang hubby aku cakap sedap tu..siap pakai kopiah lagi





tu dia my hubby ngan anak aku tengah menikmati satay Shenzhen..

dia siap suruh aku ambik gambar dia lagi

No comments:

Post a Comment